Isnin, Februari 18, 2008

Lawatan Ke Majestic Nature Boer Farm Di-Lata Kijang, Chenderian, Tapah Perak.


















Bagi menanam minat terhadap industri kambing kepada anak dan isteri kami sekeluarga meluncur ke-Lebuhraya Utara Selatan menuju Tapah dan terus ke Chenderian melalui Jalan Kuala Dipang menuju ke Ladang Majectic Nature boer farm.

Sesampainya kami disambut olih En. Johari Bin Leman, Selaku Farm Manager beliau mempunyai banyak pengalaman dan telah berkerja dibeberapa ladang ternakan.

Banyak pengalaman yang saya timba daripada Abang Jo, Beliau tidak keberatan menunjuk ajar kepada kami cara cara pemakanan dan menjaga kesihatan.

Majestic Nature Boer Farm mempunyai 14 kandang dengan hampir 2, 500 ekor kambing Boer, dengan keluasan ladang 20 ekar lebih Bayangkan dengan ternakan sebanyak itu bekalan masih tidak mencukupi, tuan tuan bayangkan lah betapa besarnya pasaran kambing dinegara kita.

Tiada ulasan: