Rabu, April 30, 2008

PROGRAM BICARATANI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI





Para Penceramah daripada Pejabat Pertanian Daerah Gombak En.Aimi Faizal, Dr.Roslan Zainuddin Dari Jabatan Haiwan Selangor, Shah Alam, En.Ibrahim Daud Lenbaga Perindustrian Nenas Malaysia, Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Cik Ruzilawati Mohd Azman dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahagian pembangunan IAT.


Program Bicaratani Bahagian Gombak anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah selamat mengambil tempat pada 30hb. April, 2008 bertempat di Ballroom Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Seramai lebih kurang 70 usahawan dan bakal usahawan dari Daerah Gombak. Program Bicaratani ini bertujuan mengwarwarkan Halatuju, Dasar, Strategi dan insentif bagi sektor Pertanian Negara.

Salah satu sub sektor ialah Ternakan,

Pembangunan Industri Lembu Pedaging:
Menwujudkan sistem ternakan lembu secara fidlot, Kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sembilan telah dimenterai bagi pembangunan Pusat Fidlot Nasional.
Diterajui Perbadanan Fidlot Nasional.

Output Projek: Menyumbang diatas 50% pengeluaran daging negara
Meningkatkan tahap sara diri daging lembu dari 23% ke 37%

Pembagunan Industri Kambing:
Pembangunan Lembah Kambing (Lembah Kaprima Bestari)
Sistem intensif dan intergrasi yang melibatkan
35unit komersial di 7 buah Lembah Kaprima
40 penguasaha komersial kawasan intergrasi

Mentranfomasikan penguasaha kecil dan sederhana ke tahap komersial melalui:
Penyertaan penternak individu termasuk swasta
Projek -Projek Kelompok
Ganding usaha penternak dengan syarikat swasta.

Membangunkan Lembah Kambing Boer di Perak
Bekerjasama dengan RISDA
Menjadikan Ladang sedia ada sebagai ladang Pengganda (multiplier)

Khamis, April 24, 2008

PERISIAN KOMPUTER UNTUK PENTERNAK KAMBING








Di zaman teknologi dimana semua maklumat berada dihujung jari, anda cuma perlu mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian. Contohnya semua maklumat dan transaksi perniagaan masa kini boleh dicapai melalui internet .

Bagi memenuhi kehendak teknologi zaman ini, kami telah menyiapkan satu perisian komputer tentang pengurusan haiwan ternakan kambing yang mana setiap haiwan ternakan menpunyai tag dan gambar untuk pengenalannya, dan juga sejarah kesihatan, program pemakanan, tarikh lahir, tarikh due untuk dikahwinkan dan juga dosage calculator untuk memberi ubat berdasarkan berat badan ternakan.

Kami juga adakan entry data berat ternakan semasa lahir, 2wks, 4wks, 6wks serta 1 tahun dengan data data ini kita dapat melihat kenaikan berat badan ternakan.

Terdapat juga data tentang family tree utuk setiap kambing umpamanya salasilah kambing siapa bapak atau ibunya untuk mengelakkan sumbang mahram.

Perisian ini juga ada entry untuk Reminder yang akan berkelip seandainya sampai masanya untuk memberi ubatan cacing dll.

Diharap perisian ini dapat memberi manfaat kepada para penternak kambing.

Kami juga berharap agar mendapat maklum balas daripada para penternak untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan perisian ini.

wasalam


Selasa, April 22, 2008

CONTOH CONTOH KANDANG














Kandang kambing yang sesuai adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan kandang-kandang ini boleh dibuat supaya;
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan.Contohnya,kawasan ragut sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan
kesejahteraan kambing-kambing adalah:
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama mataharipagi. - Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

LANTAI
- Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
- tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
- mudah dicuci
- tidak licin
- tidak mencederakan
- tidak mudah lembab
- Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
- Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding
- Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
- Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
- Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
- Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

BUMBUNG
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
- Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
- Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
- Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
- Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

INSTITIUT HAIWAN, KLUANG, JOHOR




Selepas perjalanan ke Sri Medan, kami singgah ke Institiut Haiwan Kluang untuk melihat Lembu Kobe (Wagyu). Kami mendapat tahu daging boleh memcecah RM200.00 sekilo. berat pun anggaran 500 hingga 600 kg.


Diatas ini kami sertakan gambar gambar disekitar IHK.

Lawatan Ke Industri Tok Janggut, Kg.Sri Jasa, Sri Medan, Batu pahat Johor.










19hb April, 2008 Saya dan Rakan Penternak Saudara Azlan menuju ke Kandang Tok Janggut,Kampung Seri Jasa, Sri Medan,Batu Pahat,Johor.
sesampai disana kami diberi tunjuk ajar oleh Penyelia kandang Tok Janggut. Formula pemakanan kambing dicampur dengan rumput napier, brew serta Bancuhan EM

Pemerhatian kami dapati dengan campuran formula EM didalam pemakanan didapati tinja dibawah kandang tidak berbau.

Rabu, April 16, 2008

SEMINAR 2 HARI PENYEDIAAN BIO-ORGANIK FERTILIZER MENGUNAKAN TEKNOLOGI EM (EFFECTIVE MICROORGANISMS)








Pada 14 & 15 April, 2008 lalu seramai 15 peserta dari pelbagai bidang dan bakal Usahawan telah selamat menjalani latihan tentang bagaimana membuat Baja mengunakan Teknology EM daripada Professor yang Pakar dalam bidang EM ia itu Professor Ramlan Abdul Aziz, Professor Madya Dr.Firdausi Razali dan En.Aidee Kamal Khamis. yang berlangsung selama 2 hari di- Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) Kampus Semarak UTM, Kuala Lumpur.
Kami diajar mengunakan EM dalam membuat baja daripada sisa dapur dll.dalam bidang Penternakan digunakan sebagai penghilang bau tinja kambing dan diberi minum.

SERBA RINGKAS KEWUJUDAN EM

Diasaskan oleh Professor Dr.Teruo Higa di University Ryukyus, Okinawa, Jepun. Beliau terkenal sebagai Professor HORTIKULTOR DiJepun. Beliau adalah Hortikultor terlatih yang banyak mengunakan Bahan Kimia ke dalam tanaman sebelumnya. Lantas menyedari bahaya dan kerosakan kepada MANUSIA DAN ALAM SEKITAR. Beliau kemudianya mengusahakan campuran MICROORGANISMS YANG BERGUNA secara kebetulan dan diteruskan dengan kajian mendalam untuk meningkatkan product dari system Organik. Penyelidikan beliau mengambil masa selama 12 tahun.

PELBAGAI KEGUNAAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN MENGGUNAKAN EM

umpamanya Racun Serangga, Baja Organik daripada sisa rumah, Habuk papan, Tinja Kambing, Sekam bakar/padi, dan banyak lagi sumber sumber dimuka bumi ini.

BAHAN BAHAN SEMULA JADI

Disekeliling kita banyak terdapat bahan bahan semulajadi yang mana apabila kita perhatikan umpama daun kari, serai, halia, bunga kantan, bawang, cili dll tidak dirosakan olih serangga, Jadi semua tumbuhan ini dijauhi olih serangga kerana mempunyai bau atau bahan yang tidak disukai. Ini adalah contoh bahan semula jadi yang bolih dijadikan racun serangga semulajadi.

APA ITU EM

EM mengandungi 3 jenis bakteria baik:

Bakteria Asid Laktik : bahan organik tapaian dan menghasilkan asid organik yang menyekat pathogenik. Ia digunakan unutk membuat yogurt dan jeruk.
Yis atau Ragi : Bahan Organik tapaian dan mengandungi vitamin dan asid aminio. Ia digunakan untuk membuat roti.
Bakteria Fototropik : Bertindak sebagai kunci kompenan EM. Ia membantu mengekalan keseimbangan mikroorganisma bermanfaat yang lain, menwujudkan kerjasama di antara satu dengan yang lain.




SELAMATKAN ALAM SEKITAR SELAMAT KAN DUNIA