Selasa, Disember 07, 2010

PENGENALAN TENTANG SEBAHAGIAN BAKA KAMBING

Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3) telah menitik beratkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan  dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang bolih dimainkan dalam bidang usaha ini.
Mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu dilapangan, bidang usaha pengeluaran kambing bolih digerak dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dengan potensinya pada masa hadapan.
Walaupun kambing dan bebiri telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahan ini dikemdalikan secara kecil-kecilan samada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Kambing dipelihara dinegara ini untuk tujuan susu.
Susu kambing telah banyak menjadi alternatif minuman kesihatan yang mulai banyak digemari masyarakat dunia khususnya kini di Malaysia. Menurut berbagai penelitian, susu kambing memiliki kandungan gizi yang jauh lebih baik daripada susu lembu, selain itu juga susu kambing memiliki beberapa keunggulan dan khasiat yang sangat baik bagi kesihatan tubuh.

KUALITI SUSU KAMBING BERBANDING SUSU KAIN
1. Susu Kambing membekalkan kandungan nutrisi yang seimbang yang dapat diserap dengan  mudah oleh tubuh  manausia
2.  Susu Kambing membekalkan 3.8 kali lebih kalsium daripada susu ibu dan 1.1 kali lebih dari susu lembu
3. Susu Kambing membekalkan 1.8 kali lebih vitamin A berbanding susu lembu
4. Susu Kambing membekal 2.3 kali lebih protein dari susu ibu dan 1.2 kali lebih dari susu lembu
5. Susu Kambing mengandungi vitamin B sebanyaj 3.7 kali lebih tinggi berbanding susu ibu.

BEBIRI DAMARA
Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir, Bebiri mempunyai "hair" dan bukannya "Wool", mempunyai ekor yang gemok (fat tail), daya keibuan yang sangat baik, tahan lasak-bolih hidup dikawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari, daya tahan penyakit yang agak tinggi.
Berat Dewasa:               Jantan 45 - 60 kg (100-130lbs)
                                       Betina 40 - 50 kg (90 -110lbs)
Nisbah Jantan Betina:     1 jantan 20 -30 betina
Umur Matang:                 Jantan 12 bulan
                                       Betina 11-15 bulan
Tempoh Bunting             149 - 155 hari







   




















KAMBING ANGLO NUBIAN
Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian.


Ciri-Ciri: Mempunyai rangka badan yang agak besar,
               Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
               Mempunyai bulu badan yang pendek  dengan pelbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat kemerahan
               dengan campuran putih dan hitam.
               Mempunyai kai yang panjang dan purata ketinggian badanya 80sm.
               Dwiguna (daging & susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari.
               Tahap kesuburan yang tinggi.
               Tahan Lasak.
Berat Lahir: Jantan 3.5kg (8lb)
                     Betina 3.9kg (9lb)
Berat Dewasa: Jantan 70-85kg (154-190 lb)
                          Betina 55-70kg (120-154 lb)
Umur Matang: Jantan 12 bulan
                          Betina 10 bulan
Nisbah Jantan: Betina: 1 Jantan : 20 - 30 Betina
Tempoh Bunting : 149 - 155 hari






























KAMBING TOGGENBURG
Baka ini berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland.


Ciri-ciri: Mempunyai rangka badan yang sederhana besar 
         Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna coklat pada keseluruhan badan dengan warna
         putih pada bahgian tertentu saperti muka dan kaki
         Mempunyai "watties" dibahagian leher ianya antara baka kambing yang terkecil didunia.
         Sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang tenang.
Berat Dewasa : Jantan : 45 - 60kg (100-130lb)
                      Betina : 49 - 50kg (90 - 110lb)
Umur Matang :  Jantan : 12 bulan
                      Betina : 10 bulan
Nisbah Jantan : Betina : 1 Jantan : 20 -30 Betina
Tempoh Bunting : 149 - 155 hari




Info : Jabatan Perkhidmatan Veterinar



                  


           







    

Isnin, Disember 06, 2010

Kenangan Sekitar Maha 2010

Maha 2010 mencatat sejarah dengan kunjungan pelawat seramai 2.66 juta, meski pun terdapat banyak kekurangan dan kesusahan yang dihadapi olih pengunjung dengan musim hujan dan juga harga makanan yang kami rasa kebanyakan peniaga menjual dengan  harga tak masuk akal  tampa kawalan daripada pihak yang bertanggung jawab. Terdapat banyak rungutan tentang perjalanan ke sesuatu pameran yang mengambil masa berjam jam lamanya menunggu peluang untuk menaiki pengangutan yang disediakan olih pihak penganjur yang kami rasa tidak mencukupi. Bagi yang mengambil bahagian, disediakan khemah tampa dinding pabila hujan lebat basah kuyup lah.

Apa pun kami rasa bukanlah mudah untuk memuaskan hati setiap orang dalam penganjuran yang sebegini besar, berharap MAHA 2012 nanti akan ada penambahbaikan bersandarkan pengalaman MAHA 2010. 

Berharap penganjuran akan datang dapat melihat dan memantau penjual makanan & minuman agar tidak sewenangnya menjual dengan harga yang tak masuk akal....

Sekian Wasalam ,,,

Othman Mohammad

 CONTOH RUMAH BURUNG WALIT
 Nangka Madu 
 Wartawan TV3 En Sahful Nizam
 Sesi Borak Borak Kosong

 Arnab
 Kambing Germansia
        Kambing Boer