Selasa, Disember 07, 2010

PENGENALAN TENTANG SEBAHAGIAN BAKA KAMBING

Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3) telah menitik beratkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan  dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang bolih dimainkan dalam bidang usaha ini.
Mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu dilapangan, bidang usaha pengeluaran kambing bolih digerak dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dengan potensinya pada masa hadapan.
Walaupun kambing dan bebiri telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahan ini dikemdalikan secara kecil-kecilan samada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Kambing dipelihara dinegara ini untuk tujuan susu.
Susu kambing telah banyak menjadi alternatif minuman kesihatan yang mulai banyak digemari masyarakat dunia khususnya kini di Malaysia. Menurut berbagai penelitian, susu kambing memiliki kandungan gizi yang jauh lebih baik daripada susu lembu, selain itu juga susu kambing memiliki beberapa keunggulan dan khasiat yang sangat baik bagi kesihatan tubuh.

KUALITI SUSU KAMBING BERBANDING SUSU KAIN
1. Susu Kambing membekalkan kandungan nutrisi yang seimbang yang dapat diserap dengan  mudah oleh tubuh  manausia
2.  Susu Kambing membekalkan 3.8 kali lebih kalsium daripada susu ibu dan 1.1 kali lebih dari susu lembu
3. Susu Kambing membekalkan 1.8 kali lebih vitamin A berbanding susu lembu
4. Susu Kambing membekal 2.3 kali lebih protein dari susu ibu dan 1.2 kali lebih dari susu lembu
5. Susu Kambing mengandungi vitamin B sebanyaj 3.7 kali lebih tinggi berbanding susu ibu.

BEBIRI DAMARA
Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir, Bebiri mempunyai "hair" dan bukannya "Wool", mempunyai ekor yang gemok (fat tail), daya keibuan yang sangat baik, tahan lasak-bolih hidup dikawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari, daya tahan penyakit yang agak tinggi.
Berat Dewasa:               Jantan 45 - 60 kg (100-130lbs)
                                       Betina 40 - 50 kg (90 -110lbs)
Nisbah Jantan Betina:     1 jantan 20 -30 betina
Umur Matang:                 Jantan 12 bulan
                                       Betina 11-15 bulan
Tempoh Bunting             149 - 155 hari







   




















KAMBING ANGLO NUBIAN
Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian.


Ciri-Ciri: Mempunyai rangka badan yang agak besar,
               Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
               Mempunyai bulu badan yang pendek  dengan pelbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat kemerahan
               dengan campuran putih dan hitam.
               Mempunyai kai yang panjang dan purata ketinggian badanya 80sm.
               Dwiguna (daging & susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari.
               Tahap kesuburan yang tinggi.
               Tahan Lasak.
Berat Lahir: Jantan 3.5kg (8lb)
                     Betina 3.9kg (9lb)
Berat Dewasa: Jantan 70-85kg (154-190 lb)
                          Betina 55-70kg (120-154 lb)
Umur Matang: Jantan 12 bulan
                          Betina 10 bulan
Nisbah Jantan: Betina: 1 Jantan : 20 - 30 Betina
Tempoh Bunting : 149 - 155 hari






























KAMBING TOGGENBURG
Baka ini berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland.


Ciri-ciri: Mempunyai rangka badan yang sederhana besar 
         Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna coklat pada keseluruhan badan dengan warna
         putih pada bahgian tertentu saperti muka dan kaki
         Mempunyai "watties" dibahagian leher ianya antara baka kambing yang terkecil didunia.
         Sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang tenang.
Berat Dewasa : Jantan : 45 - 60kg (100-130lb)
                      Betina : 49 - 50kg (90 - 110lb)
Umur Matang :  Jantan : 12 bulan
                      Betina : 10 bulan
Nisbah Jantan : Betina : 1 Jantan : 20 -30 Betina
Tempoh Bunting : 149 - 155 hari




Info : Jabatan Perkhidmatan Veterinar



                  


           







    

Isnin, Disember 06, 2010

Kenangan Sekitar Maha 2010

Maha 2010 mencatat sejarah dengan kunjungan pelawat seramai 2.66 juta, meski pun terdapat banyak kekurangan dan kesusahan yang dihadapi olih pengunjung dengan musim hujan dan juga harga makanan yang kami rasa kebanyakan peniaga menjual dengan  harga tak masuk akal  tampa kawalan daripada pihak yang bertanggung jawab. Terdapat banyak rungutan tentang perjalanan ke sesuatu pameran yang mengambil masa berjam jam lamanya menunggu peluang untuk menaiki pengangutan yang disediakan olih pihak penganjur yang kami rasa tidak mencukupi. Bagi yang mengambil bahagian, disediakan khemah tampa dinding pabila hujan lebat basah kuyup lah.

Apa pun kami rasa bukanlah mudah untuk memuaskan hati setiap orang dalam penganjuran yang sebegini besar, berharap MAHA 2012 nanti akan ada penambahbaikan bersandarkan pengalaman MAHA 2010. 

Berharap penganjuran akan datang dapat melihat dan memantau penjual makanan & minuman agar tidak sewenangnya menjual dengan harga yang tak masuk akal....

Sekian Wasalam ,,,

Othman Mohammad

 CONTOH RUMAH BURUNG WALIT
 Nangka Madu 
 Wartawan TV3 En Sahful Nizam
 Sesi Borak Borak Kosong

 Arnab
 Kambing Germansia
        Kambing Boer

Sabtu, November 20, 2010

MAHA INTERNATIONAL 2010



KAMI AKAN BERADA DI BOOTH MTG 
MAHA 2010 JUMPA DISANA UNTUK DEMO PERISIAN MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM



Isnin, Oktober 25, 2010

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM DENGAN LABEL BARU

Salam Penternakan,

Label Baru My Animal Management System bagi gambaran sebenar thema warna serta penambahbaikan pada system dengan cadangan dan pindaan yang diberikan olih beberapa penternak yang telah memgunakan My Animal Management System.

Nantikan Kami Di MAHA 2010

Sekian Wasalam,

Othman Bin Mohammad

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM NEW LABEL


Sabtu, Oktober 23, 2010

NUTRITION FOR GOAT

Salam Penternakan,

Saperti Yang dijanjikan tempoh hari Nota Nutrition for Goat bolih lah di download dan di cetak ia nya percuma sumbangan dari MLA Australia yang diterbitkan untuk Penternak di Malaysia sempena MAHA 2008 tempoh hari

Sekian Wasalam

 Othman Bin Mohammad

Sabtu, Oktober 09, 2010

10 tahun tampa sebarang masaalah...tiba tiba minggu lepas login email "Invalid username and Id" apa masaalahnya saya pasti selama sepuloh tahun takkan lupa???...pelik....pergi tm centre complaint....
percaya atau tidak username saya telah diambil olih orang klang.... dengan username yang sama othman-9@streamyx.com.     pelik sungguh apalah masaalah dengan TM ini.....

KECEWA SUNGGUH...................

Bodoh betul TM ..........BANGGANG...


Othman Bin Mohammad

Isnin, September 06, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN YANG MENGENALI SAYA SEMPENA BULAN DAN HARI BAIK INI SAYA MENGUCAPKAN " SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN" SEMOGA LEBARAN INI MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA SEMUA RAKAN2

wasalam
Othman Mohammad

Khamis, Ogos 26, 2010

Australian Goat Manual For Malaysian Farmer

A guide to Successful Goat Production From Australia Goats In Malaysia adalah sebuah  terbitan olih Meat & Livestock Australia (MLA) yang telah diterbitkan sempena MAHA 2008 lalu, sangat sangat berguna untuk penternak penternak di Malaysia, ia mengandungi pelbagai maklumat tentang penyakit,  penyebabnya, cara cara atasinya dan pelbagai lagi, nanti kan diruang muat turun sadikit masa lagi.

wasalam,
Othman Mohammad




Sabtu, Ogos 21, 2010

User Manual My Animal Management Ver 3.0 For Goat & Sheep

Kepada Penternak yang ingin Mengetahui Lebih Lanjut Tentang My Animal Management System anda bolih lah melihat dan muat turun e-manual dibawah.
Bolih lah saudara semua komen dan beri lah cadangan untuk penambahbaikan sistem yang ada demi Industri penternakan  di Malaysia


Salam Penternakan dari Ladang Kambing Kami
Othman Mohammad


Ahad, Ogos 15, 2010

Perisian Komputer Pengurusan Haiwan Ternak

Salam Penternakan,

Merekod Segala butir butir ternakan kadangkala memeningkan kepala, pencarian rekod kadang kadang menyusahkan, penyelesaianya telah ada My Animal Management System dicipta bagi memudahkan urusan merekod.

Contoh Programe Dalam CD


Screen Setiap Ekor Ternakan bersama Gambar

Contoh Invoice Jualan bersama Logo Syarikat


Sabtu, Ogos 14, 2010

Definasi RFID

RFID bermaksud Radio Frequency IDentification adalah sejenis peralatan electronik kecil yang mengandungi chip halus dan antenna. Chip halus ini berupaya membawa 2,000 byte data atau kurang. Peralatan RFID berfungsi sama saperti Barcode atau jaluran magnetik dibelakang setiap kad kredit atau kad ATM. Ia membawa pengenalan yang unik kepada setiap objek. dan, saperti barcode dan jaluran magnetik ia perlu di imbas untuk mengesan data melalui frequency radio.
Kosnya,  cuba bayangkan
Harga Hardware anggaran RM 30,000 hingga RM 50,000 bergantung pada jarak pengesananya
Harga Software RM 40,000 hingga RM 50,000 bergantung pada fungsinya
RFID tag seunit RM5.00 kambing/lembu 1000 ekor jumlah harga RM 5,000.00

Lebih baik dengan kos sebanyak itu beli sahaja kambing/lembu sekurang kurangnya dah mula menternak.
Sekadar Renungan
Terlalu ramai penternakan kecil berangan besar ingin mengunakan RFID. Menyimpan rekod ternakan pun masih.............


Isnin, Ogos 09, 2010

ECER PEKAN DORPER AUCTION


Satelah hampir setahun saya kembali semula ke Runchang kebetulan berlangsung upacara ECER PEKAN DORPER AUCTION Pada 8hb August 2010 iatu genap setahun 4hari dari tarikh pelancaran olih PM kita tahun lalu. 




Upacara lelongan yang pertama kali diadakan bagi menjual hasil pertama anak bebiri dorper yang telah berjaya dihasil dan dikeluarkan Sebanyak lebih kurang 500 ekor anak bebiri dorper yang dilahirkan di Projek Agropolitan Pekan telah dibida olih pembida pembida serta pemain pemain industri yang berkemahiran menilai kualiti anak beberi dorper yang dihasilkan. Seramai lebih 50 pembida dari seluruh tanah air telah berjaya membida dalam bentuk plot plot yang mengandungi sebanyak 10 hingga 15 ekor dalan satu plot dengan harga asas antara RM 3,000 hingga RM4,500 telah berjaya dibida dengan harga yang sangat tinggi melebihi RM 14,000 satu plot hingga serendah RM 3,000.(lihat utusan keluaran 9hb.August, 2010). Ini lah satu satunya projek penternakan kambing berskala besar yang telah menunjuk pretasi yang sungguh membanggakan sahingga dalam masa satu tahun sahaja telah menghasilkan produk pertama ia itu anak anak dorper yang berkualiti tinggi. kami juga berbangga dengan kejayaan projek ini diatas penggunaan perisian pengurusan Haiwan Ternakan yang dinamakan "PEKAN DORPER TOTAL MANAGEMENT SYSTEM" dicipta olih anak tempatan. Kejayaan Projek ini seharusnya menjadi satu projek bagi kesejahteraan Raayat yang bolih dibanggakan dan dijadikan sebagai model. Pujian juga harus diberikan kepada Para Peserta Projek Agropolitan Pekan iaitu Peserta Orang Asli daripada RPS Runchang yang berdidikasi dan juga daripada pihak ECERDC, FELDA dan Juga pihak Consultant MTG.

Syabas dan Tahniah kami ucapkan pada semua yang terlibat menjayakan projek ini teruskan usha murni ini untuk kesejahteraan raayat Malaysia.

anak anak dorper beumur sebulan yang masih belum dipisahkan dari ibu

  Anak anak Dorper 2 bulan telah berjaya dilelong dengan harga RM 6,500

Ahad, Jun 20, 2010

Hari Terbuka MPOB


                             Alat Mengutip Buah Sawit Lerai Ciptaan MPOB

17hb June, 2010 menghadiri seminar Pemindahan Teknologi PKS 2010, di MPOB Bangi. Saya tertarik dengan beberapa inovasi dan perkhidmatan yang telah dijalankan olih badan terunggul didunia tentang kelapa sawit. Beberapa inovasi yang tak terfikir olih kita dapat saya saksikan. dan beberapa peluang perniagaan yang bolih diteroka bersama sama MPOB umpama bagaimana kita bolih membuat produk makanan yang buat masa ini kita mengimpotnya dengan harga yang sangat mahal.umpama keju mozarilla, sabun berasaskan kelapa sawit yang mesra alam, mayonis, alat solek kecantikan  dan beberapa lagi invovasi yang saya rasa rasa dan texture yang hampir serupa malah lebih baik dan berkhasiat.

Rabu, Mac 10, 2010

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM VER 3 FOR GOAT

AL-RAUDAH BIOTECH FARM

Sebuah lagi syarikat penternakan yang telah mengambil langkah kehadapan dengan mengunakan perisian AMS Ciptaan Ladang Kambing Kami bagi memudahkan merekod aktiviti harian diladang.

Kami dari Ladang Kambing Kami akan terus membantu penternak di Malaysia dalam pengurusan harian ladang dengan mengunakan perisian yang dicipta yang bolih juga diubahsuai mengikut keperluan ladang ladang penternakan.

Ahad, Mac 07, 2010

SEMOSA SDN BHD.

Satu lagi Syarikat bumiputra yang bergiat aktik dalam bidang pertanian saperti fertigasi, serai, tebu serta kambing yang beribu pejabat Disenawang dan ladang di Astana, Rembau N.Sembilan yang mendahului penternakan dalam Pengunaan ICT dengan Mengunakan My Animal Management System bagi merekod serta menguruskan penternakan Kambing.

Selasa, Januari 26, 2010

LAWATAN KE AL RAUDAH BIO-TECH FARM

kesempatan dalam lawatan memperkenalkan perisian pengurusan haiwan ternakan kepada pengurusan Al Raudah untuk mengaplikasikan ICT dalam Penternakan dan juga perisian shareware Log me in untuk tujuan mengakses sistem AMS di lokasi berlainan.