Sabtu, September 06, 2008

PERISIAN CAMS



Didalam Perisian CAMS ini semua report bolih di eksport kedalam Microsoft Word, Excell, PDF dll, Segala Data data bolih di manipulasi mengikut kemahuan susun atur dan ditambah Bar Chart dan Pie Chart bagi memudahkan kita melihat angka angka.


CD cover Cams


Contoh Kotak Cams yang mengandungi Program CD, Manual Bahasa Malaysia dan Dongle key




Feature dalam CAMS

Animal Locator, Vaccination Record, Deworming Record, Health Record, Mortality rate Record, Sales Record, Photo of Animal, Birth weight Report, 3 generation Padigree Chart, Event Scheduler, Reminder Alarm, Dose Calculator, Visitor Record, Transfer Record, Animal Record,

Kepada rakan rakan penternakan sekelian, dengan adanya perisian pengurusan Haiwan ternak Kambing ini kita telah melangkah setapak kehadapan bagi menempuh cabaran mendatang. Pihak kami ingin memajukan industri kambiing ini ketahap yang lebih baik supaya tidak menjadi industri kampong yang tidak diminati oilh golongan siswazah.
Hubungi saya untuk Demo dan melihat sendiri kelebihan yang kita ada berbanding penternak yang tidak mengunakan kemudahan IT zaman ini.

Othman Bin Mohmmad
017-3790543 atau email: othman-9@streamyx.com

KALAHARI RED SOUTH AFRICA








Dalam Kesibukan Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan Saya Sempat membuat lawatan ke Kandang Kalahari Red di Meru Klang berjumpa tuan punya Kandang Mr Gan Thye Kuan. Saya diberi penerangan panjang lebar tentang kambing asal dari Afrika KALAHARI RED ini tentang tahap daya tahan cuaca melampau di Afrika dan juga daya tahan cuaca di Malaysia. Setelah penerangan panjang lebar diberikan tentang program pemakanan yang diberikan terhadap ternakan, saya dapati bulu kambing ternakan beliau sangat licin dan berkilat.


Saya juga dapat berkongsi pengalaman beliau tentang pemakanan tambahan yang beliau berikan pada ternakan yang dapat menaikan berat badan kambing tersebut kepada purata kenaikan sehari sebanyak 290 gram.



Rabu, Ogos 27, 2008

DI AMBANG KEMERDEKAAN YANG KE 51



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.



Artikel dari Arkid Negara Malaysia

Sabtu, Ogos 23, 2008

MEZIUM PASTURA, MAHA 2008


Kandungan Bahan Kering, Protin Kasar Dalam rumput Napier Taiwan

Rumput Napier Taiwan berharga dalam anggaran Rm400 - Rm500 1/Ton

Contoh Kandungan Nutrien Dalam Rumput Guatemala


Sempena MAHA 2008 saya sempat menimba beberapa Ilmu tentang tumbuhan tumbuhan dan Jenis Jenis rumput dan juga kandungan nutrien yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.


Isnin, Ogos 18, 2008

SEMINAR WALK IN MAHA 2008 17 - OGOS 2008

Dalam kesibukan Melayani pertanyaan daripada rakan penternakan tentang perisian pengurusan haiwan ternakan pada hari Ahad lepas, saya sempat meluangkan masa menghadiri sesi Seminar Peluang dan Cabaran Dalam Perniagaan Pertanian Dan Makanan Dalam Bidang Lembu dan Kambing yang disampaikan olih Saudara Paizal Niza Jamaluddin daripada Pangkuan Mewah Sdn.Bhd.

Dan Juga sesi Kedua Olih Pakar Kambing Boer Mardi ia itu Tuan Haji Mohamad Bin Mustafa


Rakan Ternak dari Johor & Perak





Hari ini 18hb kami menerima kunjungan rakan ternak Riqz Farm Enterprise Batu Pahat, Johor saudara Mohd Erwan & saudara Hafian dan juga saudra syfool dari syfool agro Perak satelah saya tunjukan demo perisian Pengurusan Haiwan Ternakan nampaknya semua mereka berasa puas hati dengan kemantapkan system perisian tersebut.

Sabtu, Ogos 16, 2008

KEMERIAHAN MAHA 08 GERAI CASSEROSE DI MEZIUM PASTURA




Sesi perbincangan bagaimana kami ingin memantapkan lagi industri penternakan kambing dengan pengunaan perisian perisian yang akan kami cipta tak lama lagi supaya industri penternakan tidak lagi dianggap industri kampung yang ketinggalan dan tidak diminati olih golongan siswazah.




MAHA 2008 TELAH BERLANGSUNG SELAMA 5 HARI, RAMAI RAKAN PENTERNAK DARI SELURUH MALAYSIA TERMASUK DARI SABAH SERAWAK YANG HANYA SAYA KENALI MELALUI LAMA WEB MUNCUL BERTEMU MUKA, PELBAGAI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN DIKONGSI BERSAMA, KESEMPATAN INI JUGA DAPAT SAYA MEMPERKENALKAN PERISIAN PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN KAMBING YANG MANA DIZAMAN MODEN INI KAMI MAHU SEMUA PENTERNAK DIMALAYSIA MENGUNAKAN KEMUDAHAN DAN KELEBIHAN KOMPUTER DAN INTERNET DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN.

JADI TUNGGU APA LAGI AYUH KE GERAI CASSEROSE SAYA AKAN LAYAN ANDA SEBAIK MUNGKIN.

KEPADA SEMUA RAKAN PENTERNAK DIKESEMPATAN MAHA INI DAFTAR LAH DIRI SEBAGAI AHLI PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA DI GERAI CASSEROSE.

Rabu, Ogos 06, 2008

MAHA 2008 11hb August - 23hb August 2008



SALAM PENTERNAKAN

CAMS

MAHA 2008 MUNCUL LAGI DENGAN TEMPAT DAN KEMUDAHAN YANG LEBIH BESAR DAN FACILITI YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN TAHUN SEBELUMNYA. UNTUK PENTERNAK SEMUA LADANG KAMBING KAMI TELAH MENJALIN PAKATAN KERJASAMA BAGI MEMASARKAN PERISIAN PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN KAMBING YANG TELAH DIBERI PENJENAMAAN SEMULA CAMS

KEPADA SEMUA PENTERNAK YANG SAYA TAK DAPAT KESEMPATAN DEMO BOLIH LAH JUMPA DI MAHA 2008 NANTI.


Khamis, Mei 15, 2008

PERISIAN KOMPUTER PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN UNTUK PENTERNAK KAMBING TELAH SIAP SEDIA UNTUK DIGUNAKAN.


Untuk Pertanyaan dan Demo Perisian Sila Hubungi 017-3790543 Atau e-mail ke- othman-9@streamyx.com


SCREEN UTAMA

FILE MAINTENANCE (SET-UP)

1. CORRAL FILE (FILE KANDANG)

2. ANIMAL FILE (FILE TERNAKAN)

3. CUSTOMER FILE (FILE PELANGGAN)

4. SUPPLIER FILE (FILE PEMBEKAL)

5. MATERIAL FILE (FILE BAHAN BAHAN)

GAMBAR KANDANG DI SCREEN UTAMA BOLEH DISESUAIKAN DENGAN GAMBAR KANDANG KAMBING ANDA ATAU APA APA GAMBAR DIFIKIR SESUAI.

CORRAL FILE ADALAH SET-UP FILE UNTUK KANDANG. CONTOHNYA DALAM SATU KANDANG/BLOK TERDAPAT BEBERAPA PETAK /COMPARTMENT KECIL . CONTOHNYA: CORRAL CODE: A1. BERMAKNA KANDANG/BLOK A, PETAK/COMPARTMENT 1. DIDALAM PETAK/COMPARMENT INILAH DILETAKAN TERNAKAN.

ANIMAL FILE ADALAH SCREEN INPUT UNTUK BUTIR BUTIR TERNAKAN

Particular of Animal:-

Registration ID : Nombor Pengenalan Ternakan Pada Tag Telinga Atau Apa Apa
Nombor Yang Difikirkan Sesuai.

Name : Nama Yang Sesuai Untuk Ternakan Jantan Atau Betina.

Corral Code: Code Untuk Kandang dan Compartment (Petak).

Sex: Jantan Atau Betina (data yang penting yang akan menentukan sire/dam)

Tarikh Lahir: Isikan Tarikh Lahir Sahaja. Tarikh Due Untuk Dikahwinkan Tersedia Secara Automatik (150hari). Umur Ternakan akan Terpapar dengan sendirinya.

Colour: Warna Bulu Ternakan (white, brown, brown/white, polkodot dll.)

Breed: Baka Ternakan (Boer, Jamnapari, Anglo Nubian, Feral dll.)

Status: Status Kesihatan Ternakan (Sihat, Sakit, Mandul dll)

Breading Abality:Status Pembiakan Dan Keupayaan Ternakan (beranak secara Semula Jadi, Permanian Beradas, (IA) dll)

Horned: Bertanduk Atau Tidak Bertanduk

Owner: Tuan Punya Ternakan, Pinjaman Baka Jantan dll

Herd Tag: No Tag Kawanan Umpama Satu Kumpulan Ternakan yang dibeli. Kumpulan ini yang digroupkan.

Cost of Animal: Harga Ternakan yang dibeli (anak percuma)

Sire: Pejantan (Bapak)

Dam: Betina (Ibu)

Female Kid: Anak Betina

Male Kid: Anak Jantan

Weight Stages: Barat Ternakan Semasa Lahir, 2 minggu, 4 minggu, 6 minggu, 8 minggu, 1 tahun, 2 tahun, dan 3 tahun.

DENGAN MELIHAT PADA PROGRESS WEIGHT STAGES, DAPAT LAH DIRUMUSKAN ADAKAN PROGRAM / FORMULA PEMAKANAN TERNAKAN YANG DICIPTA MEMBAWA KEPADA KENAIKAN BERAT TERNAKAN.

PICTURE

TEKAN BUTANG Update, DIBAWA TERUS KE FOLDER WALLPAPER, PILIHLAH GAMBAR TERNAKAN ANDA, KEMUDIAN SAVE.

PICTURE & NOTE

TEKAN FOLDER Picture & Note MEMBAWA ANDA KE SCREEN GAMBAR DAN NOTA BERKENAAN TERNAKAN TERSEBUT UMPAMA BELI DIMANA, TARIKH SHIPMENT, APA APA SAJA LAH?.

HISTORY

SCREEN HISTORY ADALAH SEJARAH KESIHATAN TERNAKAN YANG DIINPUTKAN MELALUI SCREEN HEALTH RECORD.


CONTOH RECORD SEJARAH KESIHATAN DAN KAWANAN TERNAKAN NO.TAG 900.

SCREEN INPUT SUPPLIER LIST ADALAH PEMBEKAL KEPERLUAN TERNAKAN SAPERTI MAKANAN, SILAJ, RUMPUT NAPIER, UBATAN, BAHAN BAHAN BINAAN DLL.

SCREEN INPUT MATERIAL LIST INI ADALAH SCREEN BAHAN BAHAN MENTAH MAKANAN TERNAKAN DALAM BENTUK JENIS PACKING (DRUM, GUNI), MATRIK TAN, KILO, BERAT PACKING, HARGA SEMASA, STOCK YANG ADA DLL.


SCREEN INI BERGUNA UNTUK MENGIRA DOSE SUNTIKAN UBAT YANG DIBERI KEPADA TERNAKAN BEDASARKAN BERAT TERNAKAN

CONTOH PADA LABEL UBAT: 2CC UNTUK 30KG BERAT TERNAKAN, CUMA ISIKAN BERAT TERNAKAN DENGAN SENDIRINYA KITA DAPAT cc YANG SEBENAR ATAU SESUAI UNTUK TERNAKAN.

SCREEN INI ADALAH SCREEN PERINGATAN YANG AKAN BERKELIP DI SCREEN UTAMA SETIAP KALI ANDA LOG IN. TUJUANYA UNTUK MENGINGATKAN ANDA PADA TARIKH TARIKH TERTENTU UNTUK MEMBUAT SESUATU UMPAMANYA MEMBERI UBAT CACING PADA SETIAP TERNAKAN, CUCI KANDANG , MEMBERI FORMULA MAKANAN UNTUK TERNAKAN TERTENTU DLL.

INPUT REKOD KESIHATAN TERNAKAN :

Reference No. Apa Apa Nombor Atau Abjab Atau Kedua-duanya Yang Mengambarkan Data Transaksi .

Registration ID: Kod Ternakan

Tarikh: Entry Tarikh Peristiwa

Illness: Jenis Penyakit

Medication Given: Jenis Ubat Yang Diberi

Treatment: Jenis Rawatan Yang Diberi (injection, mandian dll)

Nota: Catatan

ENTRY PADA SCREEN INI AKAN DAPAT DILIHAT TERPAPAR PADA SCREEN ANIMAL FILE HISTORY.


SCREEN REKOD KEMATIAN:

Reference No.: Apa Apa Nombor Atau Abjab Atau Kedua-duanya Yang Menggambarkan Data Transaksi

Registration ID: Kod Ternakan

Tarikh: Entry Tarikh Peristiwa

Nota: Apa Apa Penyebabkan Kematian Ternakan Umpama Sakit Perut, Cirit Birit, dll

ENTRY RECORD KEMATIAN INI SECARA AUTOMATIK AKAN TERPAPAR DEAD & TARIKH MATI DALAM RECORD ANIMAL FILE.


BILL ENTRY ADALAH PENYEDIAN INBOIS KEPADA PELANGGAN (CUSTOMER)

Bill No.: Apa Apa Nombor Atau Abjab Atau Kedua-duanya Yang Menggambarkan Data Transaksi

Customer Code: Customer Entry pada Screen Files.

Billing Date: Tarikh Transaksi:

Bill Amount: Jumlah Besar Harga Jualan

Item No: No. Turutan

Registration ID: Kod Ternakan

Cost: Tidak Perlu Disi

Price : Isikan Harga Unit Jualan

SELESAI ENTRY TEKAN BUTANG SAVE

SEMUA DATA TERNAKAN YANG DIJUAL MELALUI BIIL ENTRY AKAN TERPAPAR SOLD & TARIKH DALAM SCREEN ANIMAL FILE.

SCREEN UNTUK SET-UP KEPALA SURAT SYARIKAT, BILL, SERTA REPORT PRINTING SIAP DENGAN LOGO.


CONTOH REPOT SALASILAH TERNAKAN.

Rabu, April 30, 2008

PROGRAM BICARATANI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI





Para Penceramah daripada Pejabat Pertanian Daerah Gombak En.Aimi Faizal, Dr.Roslan Zainuddin Dari Jabatan Haiwan Selangor, Shah Alam, En.Ibrahim Daud Lenbaga Perindustrian Nenas Malaysia, Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Cik Ruzilawati Mohd Azman dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bahagian pembangunan IAT.


Program Bicaratani Bahagian Gombak anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah selamat mengambil tempat pada 30hb. April, 2008 bertempat di Ballroom Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Seramai lebih kurang 70 usahawan dan bakal usahawan dari Daerah Gombak. Program Bicaratani ini bertujuan mengwarwarkan Halatuju, Dasar, Strategi dan insentif bagi sektor Pertanian Negara.

Salah satu sub sektor ialah Ternakan,

Pembangunan Industri Lembu Pedaging:
Menwujudkan sistem ternakan lembu secara fidlot, Kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sembilan telah dimenterai bagi pembangunan Pusat Fidlot Nasional.
Diterajui Perbadanan Fidlot Nasional.

Output Projek: Menyumbang diatas 50% pengeluaran daging negara
Meningkatkan tahap sara diri daging lembu dari 23% ke 37%

Pembagunan Industri Kambing:
Pembangunan Lembah Kambing (Lembah Kaprima Bestari)
Sistem intensif dan intergrasi yang melibatkan
35unit komersial di 7 buah Lembah Kaprima
40 penguasaha komersial kawasan intergrasi

Mentranfomasikan penguasaha kecil dan sederhana ke tahap komersial melalui:
Penyertaan penternak individu termasuk swasta
Projek -Projek Kelompok
Ganding usaha penternak dengan syarikat swasta.

Membangunkan Lembah Kambing Boer di Perak
Bekerjasama dengan RISDA
Menjadikan Ladang sedia ada sebagai ladang Pengganda (multiplier)

Khamis, April 24, 2008

PERISIAN KOMPUTER UNTUK PENTERNAK KAMBING








Di zaman teknologi dimana semua maklumat berada dihujung jari, anda cuma perlu mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian. Contohnya semua maklumat dan transaksi perniagaan masa kini boleh dicapai melalui internet .

Bagi memenuhi kehendak teknologi zaman ini, kami telah menyiapkan satu perisian komputer tentang pengurusan haiwan ternakan kambing yang mana setiap haiwan ternakan menpunyai tag dan gambar untuk pengenalannya, dan juga sejarah kesihatan, program pemakanan, tarikh lahir, tarikh due untuk dikahwinkan dan juga dosage calculator untuk memberi ubat berdasarkan berat badan ternakan.

Kami juga adakan entry data berat ternakan semasa lahir, 2wks, 4wks, 6wks serta 1 tahun dengan data data ini kita dapat melihat kenaikan berat badan ternakan.

Terdapat juga data tentang family tree utuk setiap kambing umpamanya salasilah kambing siapa bapak atau ibunya untuk mengelakkan sumbang mahram.

Perisian ini juga ada entry untuk Reminder yang akan berkelip seandainya sampai masanya untuk memberi ubatan cacing dll.

Diharap perisian ini dapat memberi manfaat kepada para penternak kambing.

Kami juga berharap agar mendapat maklum balas daripada para penternak untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan perisian ini.

wasalam


Selasa, April 22, 2008

CONTOH CONTOH KANDANG














Kandang kambing yang sesuai adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan kandang-kandang ini boleh dibuat supaya;
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan.Contohnya,kawasan ragut sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan
kesejahteraan kambing-kambing adalah:
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama mataharipagi. - Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

LANTAI
- Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
- tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
- mudah dicuci
- tidak licin
- tidak mencederakan
- tidak mudah lembab
- Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
- Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding
- Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
- Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
- Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
- Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

BUMBUNG
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
- Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
- Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
- Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
- Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.