Selasa, Februari 26, 2008

BODEN , SERTING HILIR N.SEMBILAN
















Minggu lepas 24hb. hari penamaan calon PRU 12, Sedang sibuk dengan penamaan calon saya dan rakan penternak saudara Azlan sempat berkunjung ke Ladang Ternakan Kambing Boer di Serting Hilir Negeri Sembilan milik BODEN. Alangkah indahnya kalau saya mempunyai ladang yang sebegini luas 100 ekar.

Macam macam pengalaman yang saya timba semasa berada di BODEN.

Terimakasih saya ucapkan kepada En Ghazali , selaku Pengurus Besar Distinct Agriculture Services atas layanan mesra beliau sewaktu kunjungan kami ke ladang beliau baru-baru ini. Sempat saya melawat kedalam kandang kambing beliau. Memang konsep ternakan beliau harus dipuji. Saya juga ada bercadang untuk mempraktikkannya nanti terutama dengan model kandangnya yang saya rasa amat pratikal.

Tiada ulasan: