Isnin, Ogos 09, 2010

ECER PEKAN DORPER AUCTION


Satelah hampir setahun saya kembali semula ke Runchang kebetulan berlangsung upacara ECER PEKAN DORPER AUCTION Pada 8hb August 2010 iatu genap setahun 4hari dari tarikh pelancaran olih PM kita tahun lalu. 




Upacara lelongan yang pertama kali diadakan bagi menjual hasil pertama anak bebiri dorper yang telah berjaya dihasil dan dikeluarkan Sebanyak lebih kurang 500 ekor anak bebiri dorper yang dilahirkan di Projek Agropolitan Pekan telah dibida olih pembida pembida serta pemain pemain industri yang berkemahiran menilai kualiti anak beberi dorper yang dihasilkan. Seramai lebih 50 pembida dari seluruh tanah air telah berjaya membida dalam bentuk plot plot yang mengandungi sebanyak 10 hingga 15 ekor dalan satu plot dengan harga asas antara RM 3,000 hingga RM4,500 telah berjaya dibida dengan harga yang sangat tinggi melebihi RM 14,000 satu plot hingga serendah RM 3,000.(lihat utusan keluaran 9hb.August, 2010). Ini lah satu satunya projek penternakan kambing berskala besar yang telah menunjuk pretasi yang sungguh membanggakan sahingga dalam masa satu tahun sahaja telah menghasilkan produk pertama ia itu anak anak dorper yang berkualiti tinggi. kami juga berbangga dengan kejayaan projek ini diatas penggunaan perisian pengurusan Haiwan Ternakan yang dinamakan "PEKAN DORPER TOTAL MANAGEMENT SYSTEM" dicipta olih anak tempatan. Kejayaan Projek ini seharusnya menjadi satu projek bagi kesejahteraan Raayat yang bolih dibanggakan dan dijadikan sebagai model. Pujian juga harus diberikan kepada Para Peserta Projek Agropolitan Pekan iaitu Peserta Orang Asli daripada RPS Runchang yang berdidikasi dan juga daripada pihak ECERDC, FELDA dan Juga pihak Consultant MTG.

Syabas dan Tahniah kami ucapkan pada semua yang terlibat menjayakan projek ini teruskan usha murni ini untuk kesejahteraan raayat Malaysia.

anak anak dorper beumur sebulan yang masih belum dipisahkan dari ibu

  Anak anak Dorper 2 bulan telah berjaya dilelong dengan harga RM 6,500

Tiada ulasan: