Khamis, Ogos 26, 2010

Australian Goat Manual For Malaysian Farmer

A guide to Successful Goat Production From Australia Goats In Malaysia adalah sebuah  terbitan olih Meat & Livestock Australia (MLA) yang telah diterbitkan sempena MAHA 2008 lalu, sangat sangat berguna untuk penternak penternak di Malaysia, ia mengandungi pelbagai maklumat tentang penyakit,  penyebabnya, cara cara atasinya dan pelbagai lagi, nanti kan diruang muat turun sadikit masa lagi.

wasalam,
Othman Mohammad




Sabtu, Ogos 21, 2010

User Manual My Animal Management Ver 3.0 For Goat & Sheep

Kepada Penternak yang ingin Mengetahui Lebih Lanjut Tentang My Animal Management System anda bolih lah melihat dan muat turun e-manual dibawah.
Bolih lah saudara semua komen dan beri lah cadangan untuk penambahbaikan sistem yang ada demi Industri penternakan  di Malaysia


Salam Penternakan dari Ladang Kambing Kami
Othman Mohammad


Ahad, Ogos 15, 2010

Perisian Komputer Pengurusan Haiwan Ternak

Salam Penternakan,

Merekod Segala butir butir ternakan kadangkala memeningkan kepala, pencarian rekod kadang kadang menyusahkan, penyelesaianya telah ada My Animal Management System dicipta bagi memudahkan urusan merekod.

Contoh Programe Dalam CD


Screen Setiap Ekor Ternakan bersama Gambar

Contoh Invoice Jualan bersama Logo Syarikat


Sabtu, Ogos 14, 2010

Definasi RFID

RFID bermaksud Radio Frequency IDentification adalah sejenis peralatan electronik kecil yang mengandungi chip halus dan antenna. Chip halus ini berupaya membawa 2,000 byte data atau kurang. Peralatan RFID berfungsi sama saperti Barcode atau jaluran magnetik dibelakang setiap kad kredit atau kad ATM. Ia membawa pengenalan yang unik kepada setiap objek. dan, saperti barcode dan jaluran magnetik ia perlu di imbas untuk mengesan data melalui frequency radio.
Kosnya,  cuba bayangkan
Harga Hardware anggaran RM 30,000 hingga RM 50,000 bergantung pada jarak pengesananya
Harga Software RM 40,000 hingga RM 50,000 bergantung pada fungsinya
RFID tag seunit RM5.00 kambing/lembu 1000 ekor jumlah harga RM 5,000.00

Lebih baik dengan kos sebanyak itu beli sahaja kambing/lembu sekurang kurangnya dah mula menternak.
Sekadar Renungan
Terlalu ramai penternakan kecil berangan besar ingin mengunakan RFID. Menyimpan rekod ternakan pun masih.............


Isnin, Ogos 09, 2010

ECER PEKAN DORPER AUCTION


Satelah hampir setahun saya kembali semula ke Runchang kebetulan berlangsung upacara ECER PEKAN DORPER AUCTION Pada 8hb August 2010 iatu genap setahun 4hari dari tarikh pelancaran olih PM kita tahun lalu. 




Upacara lelongan yang pertama kali diadakan bagi menjual hasil pertama anak bebiri dorper yang telah berjaya dihasil dan dikeluarkan Sebanyak lebih kurang 500 ekor anak bebiri dorper yang dilahirkan di Projek Agropolitan Pekan telah dibida olih pembida pembida serta pemain pemain industri yang berkemahiran menilai kualiti anak beberi dorper yang dihasilkan. Seramai lebih 50 pembida dari seluruh tanah air telah berjaya membida dalam bentuk plot plot yang mengandungi sebanyak 10 hingga 15 ekor dalan satu plot dengan harga asas antara RM 3,000 hingga RM4,500 telah berjaya dibida dengan harga yang sangat tinggi melebihi RM 14,000 satu plot hingga serendah RM 3,000.(lihat utusan keluaran 9hb.August, 2010). Ini lah satu satunya projek penternakan kambing berskala besar yang telah menunjuk pretasi yang sungguh membanggakan sahingga dalam masa satu tahun sahaja telah menghasilkan produk pertama ia itu anak anak dorper yang berkualiti tinggi. kami juga berbangga dengan kejayaan projek ini diatas penggunaan perisian pengurusan Haiwan Ternakan yang dinamakan "PEKAN DORPER TOTAL MANAGEMENT SYSTEM" dicipta olih anak tempatan. Kejayaan Projek ini seharusnya menjadi satu projek bagi kesejahteraan Raayat yang bolih dibanggakan dan dijadikan sebagai model. Pujian juga harus diberikan kepada Para Peserta Projek Agropolitan Pekan iaitu Peserta Orang Asli daripada RPS Runchang yang berdidikasi dan juga daripada pihak ECERDC, FELDA dan Juga pihak Consultant MTG.

Syabas dan Tahniah kami ucapkan pada semua yang terlibat menjayakan projek ini teruskan usha murni ini untuk kesejahteraan raayat Malaysia.

anak anak dorper beumur sebulan yang masih belum dipisahkan dari ibu

  Anak anak Dorper 2 bulan telah berjaya dilelong dengan harga RM 6,500