Rabu, Mac 02, 2011

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM FOR GOAT & SHEEP

Salam Hormat....dan Salam Penternakan.......lama tak update....entry dalam blog ni...,

Saya dapati kebanyakan penternak di negara kita tidak mengunakan satu perisian yang specifik khas untuk penternakan kambing atau bebiri..yang ada hanyalah program sendiri dripada excell. Maka dengan atas dasar ini kami telah berjaya  mencipta satu perisian pengurusan haiwan ternakan kambing dan bebiri atas platform windows microsoft sql....bagi menwarnai industri penternakan di Malaysia yang kita semua ketahui bahawa Malaysia adalah negara yang paling banyak pengunaan internet didunia serta pasarana it yang paling maju didunia. Umum ketahui bahawa terdapat banyak perisian pengurusan kambing yang terdapat dipasaran luar negara. tetapi kebanyakanya tidak sesuai dan mengikut tata cara penternakan di Malaysia dan juga kebanyakan programenya tidak bolih diubahsuai mengikut kehendak industri kita atau pun perusahan kita sendiri. 




Dengan system yang kami bina sendiri berdasarkan pengalaman sebagai penternak dan juga feedback daripada kawan kawan dalam industri ini, . maka kami yakin dengan kebolihan dan keupayaan system ini bagi menguruskan  rekod serta  maklumat ternakan. Segala repot yang dihasilkan bolih diexport ke perisian mircosoft office untuk pindaan. 



Kami juga berharap agar system yang dibangunkan bolih ditambah baik dengan feedback daripada rakan rakan ternak sendiri bagi memajukan lagi industri penternakan di Negara tercinta ini.

Download atau print e-manual My Animal Management System yang terdapat diruangan bawah blog ini untuk tatapan.......


Sekian Wasalam,

Othman Bin Mohammad