Rabu, Ogos 27, 2008

DI AMBANG KEMERDEKAAN YANG KE 51



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.



Artikel dari Arkid Negara Malaysia

Sabtu, Ogos 23, 2008

MEZIUM PASTURA, MAHA 2008


Kandungan Bahan Kering, Protin Kasar Dalam rumput Napier Taiwan

Rumput Napier Taiwan berharga dalam anggaran Rm400 - Rm500 1/Ton

Contoh Kandungan Nutrien Dalam Rumput Guatemala


Sempena MAHA 2008 saya sempat menimba beberapa Ilmu tentang tumbuhan tumbuhan dan Jenis Jenis rumput dan juga kandungan nutrien yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.


Isnin, Ogos 18, 2008

SEMINAR WALK IN MAHA 2008 17 - OGOS 2008

Dalam kesibukan Melayani pertanyaan daripada rakan penternakan tentang perisian pengurusan haiwan ternakan pada hari Ahad lepas, saya sempat meluangkan masa menghadiri sesi Seminar Peluang dan Cabaran Dalam Perniagaan Pertanian Dan Makanan Dalam Bidang Lembu dan Kambing yang disampaikan olih Saudara Paizal Niza Jamaluddin daripada Pangkuan Mewah Sdn.Bhd.

Dan Juga sesi Kedua Olih Pakar Kambing Boer Mardi ia itu Tuan Haji Mohamad Bin Mustafa


Rakan Ternak dari Johor & Perak





Hari ini 18hb kami menerima kunjungan rakan ternak Riqz Farm Enterprise Batu Pahat, Johor saudara Mohd Erwan & saudara Hafian dan juga saudra syfool dari syfool agro Perak satelah saya tunjukan demo perisian Pengurusan Haiwan Ternakan nampaknya semua mereka berasa puas hati dengan kemantapkan system perisian tersebut.

Sabtu, Ogos 16, 2008

KEMERIAHAN MAHA 08 GERAI CASSEROSE DI MEZIUM PASTURA




Sesi perbincangan bagaimana kami ingin memantapkan lagi industri penternakan kambing dengan pengunaan perisian perisian yang akan kami cipta tak lama lagi supaya industri penternakan tidak lagi dianggap industri kampung yang ketinggalan dan tidak diminati olih golongan siswazah.




MAHA 2008 TELAH BERLANGSUNG SELAMA 5 HARI, RAMAI RAKAN PENTERNAK DARI SELURUH MALAYSIA TERMASUK DARI SABAH SERAWAK YANG HANYA SAYA KENALI MELALUI LAMA WEB MUNCUL BERTEMU MUKA, PELBAGAI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN DIKONGSI BERSAMA, KESEMPATAN INI JUGA DAPAT SAYA MEMPERKENALKAN PERISIAN PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN KAMBING YANG MANA DIZAMAN MODEN INI KAMI MAHU SEMUA PENTERNAK DIMALAYSIA MENGUNAKAN KEMUDAHAN DAN KELEBIHAN KOMPUTER DAN INTERNET DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN.

JADI TUNGGU APA LAGI AYUH KE GERAI CASSEROSE SAYA AKAN LAYAN ANDA SEBAIK MUNGKIN.

KEPADA SEMUA RAKAN PENTERNAK DIKESEMPATAN MAHA INI DAFTAR LAH DIRI SEBAGAI AHLI PERSATUAN PENTERNAK KAMBING MALAYSIA DI GERAI CASSEROSE.

Rabu, Ogos 06, 2008

MAHA 2008 11hb August - 23hb August 2008



SALAM PENTERNAKAN

CAMS

MAHA 2008 MUNCUL LAGI DENGAN TEMPAT DAN KEMUDAHAN YANG LEBIH BESAR DAN FACILITI YANG LEBIH BAIK DARI TAHUN TAHUN SEBELUMNYA. UNTUK PENTERNAK SEMUA LADANG KAMBING KAMI TELAH MENJALIN PAKATAN KERJASAMA BAGI MEMASARKAN PERISIAN PENGURUSAN HAIWAN TERNAKAN KAMBING YANG TELAH DIBERI PENJENAMAAN SEMULA CAMS

KEPADA SEMUA PENTERNAK YANG SAYA TAK DAPAT KESEMPATAN DEMO BOLIH LAH JUMPA DI MAHA 2008 NANTI.