Selasa, Februari 26, 2008

BODEN , SERTING HILIR N.SEMBILAN
















Minggu lepas 24hb. hari penamaan calon PRU 12, Sedang sibuk dengan penamaan calon saya dan rakan penternak saudara Azlan sempat berkunjung ke Ladang Ternakan Kambing Boer di Serting Hilir Negeri Sembilan milik BODEN. Alangkah indahnya kalau saya mempunyai ladang yang sebegini luas 100 ekar.

Macam macam pengalaman yang saya timba semasa berada di BODEN.

Terimakasih saya ucapkan kepada En Ghazali , selaku Pengurus Besar Distinct Agriculture Services atas layanan mesra beliau sewaktu kunjungan kami ke ladang beliau baru-baru ini. Sempat saya melawat kedalam kandang kambing beliau. Memang konsep ternakan beliau harus dipuji. Saya juga ada bercadang untuk mempraktikkannya nanti terutama dengan model kandangnya yang saya rasa amat pratikal.

Selasa, Februari 19, 2008

SEMINAR PEMBANGUNAN INDUSTRI PENGELUARAN DAGING LEMBU DI-MALAYSIA


Program Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan dirancang dengan berkonsepkan pemacuan sektor swasta melalui pembangunan industri secara bersepadu serta aplikasi intergrasi secara vertical dan harizontal. Sebanyak 282,000 ekor lembu fidlot yang dapat menghasilkan 49,650 tan metrik daging lembu bernilai RM595.80 juta setahun akan dikeluarkan. Perlaksanaan program ini sepenuhnya akan menjana pengeluaran daging lembu negara kepada 40% kadar sara diri menjelang tahun 2015 sejajar dalam Dasar Pedaging Negara.

Kemeterian Industri Asas Tani telah melantik Nasional Feedlot Corporation (NFC) sebuah syarikat integrator yang berdaftar di Malaysia dan memiliki modal RM10 juta bagi menerajui projek ini. Syarikat integrator lain yang turut terlibat adalah Syarikat Komersil Penternakan Lembu Fidlot, Syarikat Pengeluar Fonder, Syarikat Pembekal Makanan Ternakan, Syarikat Pemprosesan dan Pemasaran Daging serta Syarikat Pemprosesan Baja Organik. Penglibatan penternak sebagai ladang satelit(satelit farming) dan strategi pemasaran adalah perkara yang penting untuk memastikan pengeluaran dan sasaran Program Fidlot Nasional dapat dihasilkan dengan jayanya. (Petikan daripada kata kata aluan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia).

saya telah menghadiri seminar diatas pada 18hb.Feb, 2008. Dengan program tersebut dapat saya rumuskan bahawa sektor penternakan negara menuju landasan yang betul.

Saya dapati dalam program fidlot Nasional ini kita berpeluang menjadi penternak yang tidak perlu memikirkan tentang pemasaran. dan peluang juga terbuka sekiranya kita tidak mahu menjadi penternak memadai dengan hanya membekal rumput napier, batang jagung dll kepada Syarikat Feedlot Nasional ini.

Dengan terbukanya peluang ini saya berharap penternakan semua berhubung lah dengan Syarikat tersebut.

tuan tuan bolehlah layari laman sesawangnya: www.nfc.com.my

Isnin, Februari 18, 2008

Lawatan Ke Majestic Nature Boer Farm Di-Lata Kijang, Chenderian, Tapah Perak.


















Bagi menanam minat terhadap industri kambing kepada anak dan isteri kami sekeluarga meluncur ke-Lebuhraya Utara Selatan menuju Tapah dan terus ke Chenderian melalui Jalan Kuala Dipang menuju ke Ladang Majectic Nature boer farm.

Sesampainya kami disambut olih En. Johari Bin Leman, Selaku Farm Manager beliau mempunyai banyak pengalaman dan telah berkerja dibeberapa ladang ternakan.

Banyak pengalaman yang saya timba daripada Abang Jo, Beliau tidak keberatan menunjuk ajar kepada kami cara cara pemakanan dan menjaga kesihatan.

Majestic Nature Boer Farm mempunyai 14 kandang dengan hampir 2, 500 ekor kambing Boer, dengan keluasan ladang 20 ekar lebih Bayangkan dengan ternakan sebanyak itu bekalan masih tidak mencukupi, tuan tuan bayangkan lah betapa besarnya pasaran kambing dinegara kita.

Rabu, Februari 13, 2008

Di atas tanah ini lah akan saya bina Kandang bersaiz 30' x 100



Tanah seluas 3.5 ekar ini lah yang akan saya bangunkan untuk bina kandang kambing dan juga untuk menanam rumput napier seluas 2 ekar. Dalam perancangan untuk menjadi penternak beberapa kursus penternakan kambing telah saya hadhiri.

REMPAH CURRY DAGING KAMBING


Minggu lepas 10hb. masih cuti CNY, Selepas menghadiri Majlis Perkahwinan di-Tmn Sri Muda terus ke Damansara Utama melihat kedai daging Kambing Boer milik Majestic Nature Boer Farm Sdn Bhd. (BoerGoat junction). Sambil sembang tentang kambing terus beli daging kambing boer dari bahagian peha kaki belakang (thigh) seberat 1.8kg berharga RM60.00 dan sekotak rempah curry daging kambing jenama Premix Goat Meat Curry berharga RM5.50. Saya diberitahu daging kambing dari ladang Majestic boervalley diberi minum dari air semula jadi di Lata Kijang, Tapah Perak.

Selepas merasa masakan daging kambing boer malam itu, memang mengunakan rempah curry jenama Premix betul betul sangat sedap.....................


Khamis, Februari 07, 2008

SUNSHINE BAY RESORT, PORT DICKSON (UNTUK DIJUAL)






Ilmu sedikit sebanyak sudah ada, tanah pun ada, cuma modal menjadi halangan untuk memulakan langkah, apakah pilihan yang kami ada...........?

Jadi kami terpaksa menjual apa apa asset yang ada untuk mempercepatkan usaha tani ini.

Sesiapa yang ada lebihan wang tak tahu kemana nak melabur?.

Sunshine Bay Resort Apartment for Sale
Port Dickson, N Sembilan

Gambar bertarikh Jan, 2008
pandangan daripada tingkat 7
Yang berminat email saya: othman-9@streamyx.com

Isnin, Februari 04, 2008

SHOWCASE BIOBUSINESS 2008 MARDI





2hb.February, 2008 saya dan keluarga terus meluncur ke Kluang, Johor Melawat Pameran Mardi BioBusiness 2008. Pelbagai info saya kumpulkan berkenaan ternakan kambing boer, kami diberi penerangan yang cukup jelas daripada pegawai Mardi.tentang cara cara penternakan, kesihatan, pemakanan, dan juga langkah langkah pencegahan penyakit.kami terasa teruja melihat gelagat anak anak kambing boer yang sihat dan bergerak aktif berlari dan bermain. dalam pada itu juga kami telah bertemu saorang rakan yang bernama En. Azlan dari Au Keramat yang sama sama berminat dalam industri penternakan kambing.Semoga apa yang kami rancangkan untuk menjadi penternak akan berjaya.


Kursus Menternak kambing anjuran BPM & Al-Barakah Global Food Industry Siri 5-2008 Pada 25 - 29 Jan - 2008










Alhamdulillah Kami seramai 43 orang dari pelbagai latar belakang yang berkongsi satu tujuan dan matlamat demi kemajuan dalam industri penternakan kambing telah selamat menjalani latihan amali 1 hari dan pratikal selama 4 hari diladang kambing Al-Barakah Kg. Kondok Nilai. Pelbagai masaalah dan rintangan dalam industri kambing kami pelajari daripada mereka mereka yang arif, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bank Pertanian Malaysia terutamanya En Ahmad, En.Tafsir Serin daripada Mardi, En Ahmad Daud Ramtan, Dr.Shamsul Bahari Daripada JPH, dan juga Al Barakah Food industri terutamanya Tuan Hj Idris, Tuan Hj Fariz,En Kamaruddin, En Mus dan juga En Yusof tak lupa juga pada Abang abang janggut atas tunjuk ajar cara cara menjaga kambing kambing dengan penuh kasih sayang. Semoga dengan ilmu ilmu yang dipelajari akan memudahkan kami semua untuk memulakan industri ini. Amin.............