Selasa, Februari 19, 2008

SEMINAR PEMBANGUNAN INDUSTRI PENGELUARAN DAGING LEMBU DI-MALAYSIA


Program Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan dirancang dengan berkonsepkan pemacuan sektor swasta melalui pembangunan industri secara bersepadu serta aplikasi intergrasi secara vertical dan harizontal. Sebanyak 282,000 ekor lembu fidlot yang dapat menghasilkan 49,650 tan metrik daging lembu bernilai RM595.80 juta setahun akan dikeluarkan. Perlaksanaan program ini sepenuhnya akan menjana pengeluaran daging lembu negara kepada 40% kadar sara diri menjelang tahun 2015 sejajar dalam Dasar Pedaging Negara.

Kemeterian Industri Asas Tani telah melantik Nasional Feedlot Corporation (NFC) sebuah syarikat integrator yang berdaftar di Malaysia dan memiliki modal RM10 juta bagi menerajui projek ini. Syarikat integrator lain yang turut terlibat adalah Syarikat Komersil Penternakan Lembu Fidlot, Syarikat Pengeluar Fonder, Syarikat Pembekal Makanan Ternakan, Syarikat Pemprosesan dan Pemasaran Daging serta Syarikat Pemprosesan Baja Organik. Penglibatan penternak sebagai ladang satelit(satelit farming) dan strategi pemasaran adalah perkara yang penting untuk memastikan pengeluaran dan sasaran Program Fidlot Nasional dapat dihasilkan dengan jayanya. (Petikan daripada kata kata aluan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia).

saya telah menghadiri seminar diatas pada 18hb.Feb, 2008. Dengan program tersebut dapat saya rumuskan bahawa sektor penternakan negara menuju landasan yang betul.

Saya dapati dalam program fidlot Nasional ini kita berpeluang menjadi penternak yang tidak perlu memikirkan tentang pemasaran. dan peluang juga terbuka sekiranya kita tidak mahu menjadi penternak memadai dengan hanya membekal rumput napier, batang jagung dll kepada Syarikat Feedlot Nasional ini.

Dengan terbukanya peluang ini saya berharap penternakan semua berhubung lah dengan Syarikat tersebut.

tuan tuan bolehlah layari laman sesawangnya: www.nfc.com.my

Tiada ulasan: