Sabtu, Jun 18, 2011

My Animal Management System For Cow Ver.4.0

Salam Penternakan,

My Animal Management System For Cow ver.4.0 hampir siap(4 bulan) terdapat perubahan pada splash screen (opening screen)  menunjukan jumlah ternakan semasa,  di katagorikan  mengikut bull, cow young cow & calf, di update secara auto. dan juga ditambah Matting Entry Screen adalah entry untuk merekod aktiviti pengawanan dan juga melihat sejarah. terdapat juga entry tambahan iaitu Feeding programe yang mana dapat direkodkan jenis jenis dan camporan ransom yang mana dapat menghasilkan permakanan yang berkualiti dan menghasilkan berat badan yang dikehendaki.


Othman Bin Mohammad


SPLASH SCREEN
MATING ENTRY
FEEDING PROGRAME
 

Isnin, April 11, 2011

Sistem Pengurusan Haiwan Ternakan Lembu

Atas permintaan ramai sistem pengurusan haiwan ternakan untuk lembu dalam pembikinan dan dijangka siap pada awal june atau ogos 2011, segala kerangka flowchart formula2 serta aturcara programe telah dikenal pasti, dan juga banyak feedback saya dapati dari rakan rakan ternak  bagi membolihkan perisian menjadi kenyataan..

Terdapat juga yang akan kami sertakan dalam perisian tersebut kaedah ET, AI dan Natural Service,

Semoga apa yang kami lakukan akan meningkatkan lagi industri penternakan ketahap yang lebih baik dalam merekod segala maklumat ternakan.

sekian, salam dari kami

 Othman Bin Mohammad


Sistem Pengurusan Haiwan Ternakan Lembu

Atas permintaan ramai sistem pengurusan haiwan ternakan untuk lembu dalam pembikinan dan dijangka siap pada awal june atau ogos 2011, segala kerangka serta aturcara programe telah dikenal pasti, dan juga banyak feedback saya dapat bagi membolihkan perisian menjadi keyataan..

Terdapat juga yang akan kami sertakan dalam perisian tersebut kaedah ET, AI dan Natural Service,

Semoga apa yang kami lakukan akan meningkatkan lagi industri penternakan ketahap yang lebih baik dalam merekod segala maklumat ternakan.

sekian, salam dari kami

 Othman Bin Mohammad


Sistem Pengurusan Haiwan Ternakan Lembu

Atas permintaan ramai sistem pengurusan haiwan ternakan untuk lembu dalam pembikinan dan dijangka siap pada awal june atau ogos 2011, segala kerangka serta aturcara programe telah dikenal pasti, dan juga banyak feedback saya dapat bagi membolihkan perisian menjadi keyataan..

Terdapat juga yang akan kami sertakan dalam perisian tersebut kaedah ET, AI dan Natural Service,

Salam

 Othman Bin Mohammad


Rabu, April 06, 2011

National Animal Embryo Centre (NAEC)

Salam hormat dan Salam Penternakan,

Saya ke Mardi Keluang Johor ke Projek National Animal Embryo Centre (NAEC) bagi tujuan demo perisian My Animal Management System for Sheeps & Goats dan juga pemasangan system tersebut kedalam computer pusat tersebut. Dengan pemasangan system AMS akan memudahkan pihak NAEC merekod segala butir butir tentang ternakan yang ada di pusat/kandang.

Saya juga diminta  menbangunkan satu syatem yang serupa untuk ternakan lembu. setelah perbincangan dibuat dapatlah pihak kami mengumpul segala maklumat tentang ternakan lembu kemudian akan kami bangunkan sistem untuk ternakan lembu pula.

Sekian salam Hormat dari saya


Othman Bin Mohammad


NAEC Centre Keluang

Brahman

Rabu, Mac 02, 2011

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM FOR GOAT & SHEEP

Salam Hormat....dan Salam Penternakan.......lama tak update....entry dalam blog ni...,

Saya dapati kebanyakan penternak di negara kita tidak mengunakan satu perisian yang specifik khas untuk penternakan kambing atau bebiri..yang ada hanyalah program sendiri dripada excell. Maka dengan atas dasar ini kami telah berjaya  mencipta satu perisian pengurusan haiwan ternakan kambing dan bebiri atas platform windows microsoft sql....bagi menwarnai industri penternakan di Malaysia yang kita semua ketahui bahawa Malaysia adalah negara yang paling banyak pengunaan internet didunia serta pasarana it yang paling maju didunia. Umum ketahui bahawa terdapat banyak perisian pengurusan kambing yang terdapat dipasaran luar negara. tetapi kebanyakanya tidak sesuai dan mengikut tata cara penternakan di Malaysia dan juga kebanyakan programenya tidak bolih diubahsuai mengikut kehendak industri kita atau pun perusahan kita sendiri. 




Dengan system yang kami bina sendiri berdasarkan pengalaman sebagai penternak dan juga feedback daripada kawan kawan dalam industri ini, . maka kami yakin dengan kebolihan dan keupayaan system ini bagi menguruskan  rekod serta  maklumat ternakan. Segala repot yang dihasilkan bolih diexport ke perisian mircosoft office untuk pindaan. 



Kami juga berharap agar system yang dibangunkan bolih ditambah baik dengan feedback daripada rakan rakan ternak sendiri bagi memajukan lagi industri penternakan di Negara tercinta ini.

Download atau print e-manual My Animal Management System yang terdapat diruangan bawah blog ini untuk tatapan.......


Sekian Wasalam,

Othman Bin Mohammad




Selasa, Disember 07, 2010

PENGENALAN TENTANG SEBAHAGIAN BAKA KAMBING

Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3) telah menitik beratkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan  dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Selaras dengan DPN 3 ini, Jabatan perkhidmatan Veterinar (JPV) telah meneliti dan menilai semula peranan yang bolih dimainkan dalam bidang usaha ini.
Mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu dilapangan, bidang usaha pengeluaran kambing bolih digerak dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dengan potensinya pada masa hadapan.
Walaupun kambing dan bebiri telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahan ini dikemdalikan secara kecil-kecilan samada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Kambing dipelihara dinegara ini untuk tujuan susu.
Susu kambing telah banyak menjadi alternatif minuman kesihatan yang mulai banyak digemari masyarakat dunia khususnya kini di Malaysia. Menurut berbagai penelitian, susu kambing memiliki kandungan gizi yang jauh lebih baik daripada susu lembu, selain itu juga susu kambing memiliki beberapa keunggulan dan khasiat yang sangat baik bagi kesihatan tubuh.

KUALITI SUSU KAMBING BERBANDING SUSU KAIN
1. Susu Kambing membekalkan kandungan nutrisi yang seimbang yang dapat diserap dengan  mudah oleh tubuh  manausia
2.  Susu Kambing membekalkan 3.8 kali lebih kalsium daripada susu ibu dan 1.1 kali lebih dari susu lembu
3. Susu Kambing membekalkan 1.8 kali lebih vitamin A berbanding susu lembu
4. Susu Kambing membekal 2.3 kali lebih protein dari susu ibu dan 1.2 kali lebih dari susu lembu
5. Susu Kambing mengandungi vitamin B sebanyaj 3.7 kali lebih tinggi berbanding susu ibu.

BEBIRI DAMARA
Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir, Bebiri mempunyai "hair" dan bukannya "Wool", mempunyai ekor yang gemok (fat tail), daya keibuan yang sangat baik, tahan lasak-bolih hidup dikawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari, daya tahan penyakit yang agak tinggi.
Berat Dewasa:               Jantan 45 - 60 kg (100-130lbs)
                                       Betina 40 - 50 kg (90 -110lbs)
Nisbah Jantan Betina:     1 jantan 20 -30 betina
Umur Matang:                 Jantan 12 bulan
                                       Betina 11-15 bulan
Tempoh Bunting             149 - 155 hari







   




















KAMBING ANGLO NUBIAN
Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian.


Ciri-Ciri: Mempunyai rangka badan yang agak besar,
               Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
               Mempunyai bulu badan yang pendek  dengan pelbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat kemerahan
               dengan campuran putih dan hitam.
               Mempunyai kai yang panjang dan purata ketinggian badanya 80sm.
               Dwiguna (daging & susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari.
               Tahap kesuburan yang tinggi.
               Tahan Lasak.
Berat Lahir: Jantan 3.5kg (8lb)
                     Betina 3.9kg (9lb)
Berat Dewasa: Jantan 70-85kg (154-190 lb)
                          Betina 55-70kg (120-154 lb)
Umur Matang: Jantan 12 bulan
                          Betina 10 bulan
Nisbah Jantan: Betina: 1 Jantan : 20 - 30 Betina
Tempoh Bunting : 149 - 155 hari






























KAMBING TOGGENBURG
Baka ini berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland.


Ciri-ciri: Mempunyai rangka badan yang sederhana besar 
         Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna coklat pada keseluruhan badan dengan warna
         putih pada bahgian tertentu saperti muka dan kaki
         Mempunyai "watties" dibahagian leher ianya antara baka kambing yang terkecil didunia.
         Sangat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang tenang.
Berat Dewasa : Jantan : 45 - 60kg (100-130lb)
                      Betina : 49 - 50kg (90 - 110lb)
Umur Matang :  Jantan : 12 bulan
                      Betina : 10 bulan
Nisbah Jantan : Betina : 1 Jantan : 20 -30 Betina
Tempoh Bunting : 149 - 155 hari




Info : Jabatan Perkhidmatan Veterinar



                  


           







    

Isnin, Disember 06, 2010

Kenangan Sekitar Maha 2010

Maha 2010 mencatat sejarah dengan kunjungan pelawat seramai 2.66 juta, meski pun terdapat banyak kekurangan dan kesusahan yang dihadapi olih pengunjung dengan musim hujan dan juga harga makanan yang kami rasa kebanyakan peniaga menjual dengan  harga tak masuk akal  tampa kawalan daripada pihak yang bertanggung jawab. Terdapat banyak rungutan tentang perjalanan ke sesuatu pameran yang mengambil masa berjam jam lamanya menunggu peluang untuk menaiki pengangutan yang disediakan olih pihak penganjur yang kami rasa tidak mencukupi. Bagi yang mengambil bahagian, disediakan khemah tampa dinding pabila hujan lebat basah kuyup lah.

Apa pun kami rasa bukanlah mudah untuk memuaskan hati setiap orang dalam penganjuran yang sebegini besar, berharap MAHA 2012 nanti akan ada penambahbaikan bersandarkan pengalaman MAHA 2010. 

Berharap penganjuran akan datang dapat melihat dan memantau penjual makanan & minuman agar tidak sewenangnya menjual dengan harga yang tak masuk akal....

Sekian Wasalam ,,,

Othman Mohammad

 CONTOH RUMAH BURUNG WALIT
 Nangka Madu 
 Wartawan TV3 En Sahful Nizam
 Sesi Borak Borak Kosong

 Arnab
 Kambing Germansia
        Kambing Boer

Sabtu, November 20, 2010

MAHA INTERNATIONAL 2010



KAMI AKAN BERADA DI BOOTH MTG 
MAHA 2010 JUMPA DISANA UNTUK DEMO PERISIAN MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM



Isnin, Oktober 25, 2010

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM DENGAN LABEL BARU

Salam Penternakan,

Label Baru My Animal Management System bagi gambaran sebenar thema warna serta penambahbaikan pada system dengan cadangan dan pindaan yang diberikan olih beberapa penternak yang telah memgunakan My Animal Management System.

Nantikan Kami Di MAHA 2010

Sekian Wasalam,

Othman Bin Mohammad

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM NEW LABEL


Sabtu, Oktober 23, 2010

NUTRITION FOR GOAT

Salam Penternakan,

Saperti Yang dijanjikan tempoh hari Nota Nutrition for Goat bolih lah di download dan di cetak ia nya percuma sumbangan dari MLA Australia yang diterbitkan untuk Penternak di Malaysia sempena MAHA 2008 tempoh hari

Sekian Wasalam

 Othman Bin Mohammad

Sabtu, Oktober 09, 2010

10 tahun tampa sebarang masaalah...tiba tiba minggu lepas login email "Invalid username and Id" apa masaalahnya saya pasti selama sepuloh tahun takkan lupa???...pelik....pergi tm centre complaint....
percaya atau tidak username saya telah diambil olih orang klang.... dengan username yang sama othman-9@streamyx.com.     pelik sungguh apalah masaalah dengan TM ini.....

KECEWA SUNGGUH...................

Bodoh betul TM ..........BANGGANG...


Othman Bin Mohammad

Isnin, September 06, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN YANG MENGENALI SAYA SEMPENA BULAN DAN HARI BAIK INI SAYA MENGUCAPKAN " SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN" SEMOGA LEBARAN INI MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA SEMUA RAKAN2

wasalam
Othman Mohammad

Khamis, Ogos 26, 2010

Australian Goat Manual For Malaysian Farmer

A guide to Successful Goat Production From Australia Goats In Malaysia adalah sebuah  terbitan olih Meat & Livestock Australia (MLA) yang telah diterbitkan sempena MAHA 2008 lalu, sangat sangat berguna untuk penternak penternak di Malaysia, ia mengandungi pelbagai maklumat tentang penyakit,  penyebabnya, cara cara atasinya dan pelbagai lagi, nanti kan diruang muat turun sadikit masa lagi.

wasalam,
Othman Mohammad




Sabtu, Ogos 21, 2010

User Manual My Animal Management Ver 3.0 For Goat & Sheep

Kepada Penternak yang ingin Mengetahui Lebih Lanjut Tentang My Animal Management System anda bolih lah melihat dan muat turun e-manual dibawah.
Bolih lah saudara semua komen dan beri lah cadangan untuk penambahbaikan sistem yang ada demi Industri penternakan  di Malaysia


Salam Penternakan dari Ladang Kambing Kami
Othman Mohammad


Ahad, Ogos 15, 2010

Perisian Komputer Pengurusan Haiwan Ternak

Salam Penternakan,

Merekod Segala butir butir ternakan kadangkala memeningkan kepala, pencarian rekod kadang kadang menyusahkan, penyelesaianya telah ada My Animal Management System dicipta bagi memudahkan urusan merekod.

Contoh Programe Dalam CD


Screen Setiap Ekor Ternakan bersama Gambar

Contoh Invoice Jualan bersama Logo Syarikat


Sabtu, Ogos 14, 2010

Definasi RFID

RFID bermaksud Radio Frequency IDentification adalah sejenis peralatan electronik kecil yang mengandungi chip halus dan antenna. Chip halus ini berupaya membawa 2,000 byte data atau kurang. Peralatan RFID berfungsi sama saperti Barcode atau jaluran magnetik dibelakang setiap kad kredit atau kad ATM. Ia membawa pengenalan yang unik kepada setiap objek. dan, saperti barcode dan jaluran magnetik ia perlu di imbas untuk mengesan data melalui frequency radio.
Kosnya,  cuba bayangkan
Harga Hardware anggaran RM 30,000 hingga RM 50,000 bergantung pada jarak pengesananya
Harga Software RM 40,000 hingga RM 50,000 bergantung pada fungsinya
RFID tag seunit RM5.00 kambing/lembu 1000 ekor jumlah harga RM 5,000.00

Lebih baik dengan kos sebanyak itu beli sahaja kambing/lembu sekurang kurangnya dah mula menternak.
Sekadar Renungan
Terlalu ramai penternakan kecil berangan besar ingin mengunakan RFID. Menyimpan rekod ternakan pun masih.............


Isnin, Ogos 09, 2010

ECER PEKAN DORPER AUCTION


Satelah hampir setahun saya kembali semula ke Runchang kebetulan berlangsung upacara ECER PEKAN DORPER AUCTION Pada 8hb August 2010 iatu genap setahun 4hari dari tarikh pelancaran olih PM kita tahun lalu. 




Upacara lelongan yang pertama kali diadakan bagi menjual hasil pertama anak bebiri dorper yang telah berjaya dihasil dan dikeluarkan Sebanyak lebih kurang 500 ekor anak bebiri dorper yang dilahirkan di Projek Agropolitan Pekan telah dibida olih pembida pembida serta pemain pemain industri yang berkemahiran menilai kualiti anak beberi dorper yang dihasilkan. Seramai lebih 50 pembida dari seluruh tanah air telah berjaya membida dalam bentuk plot plot yang mengandungi sebanyak 10 hingga 15 ekor dalan satu plot dengan harga asas antara RM 3,000 hingga RM4,500 telah berjaya dibida dengan harga yang sangat tinggi melebihi RM 14,000 satu plot hingga serendah RM 3,000.(lihat utusan keluaran 9hb.August, 2010). Ini lah satu satunya projek penternakan kambing berskala besar yang telah menunjuk pretasi yang sungguh membanggakan sahingga dalam masa satu tahun sahaja telah menghasilkan produk pertama ia itu anak anak dorper yang berkualiti tinggi. kami juga berbangga dengan kejayaan projek ini diatas penggunaan perisian pengurusan Haiwan Ternakan yang dinamakan "PEKAN DORPER TOTAL MANAGEMENT SYSTEM" dicipta olih anak tempatan. Kejayaan Projek ini seharusnya menjadi satu projek bagi kesejahteraan Raayat yang bolih dibanggakan dan dijadikan sebagai model. Pujian juga harus diberikan kepada Para Peserta Projek Agropolitan Pekan iaitu Peserta Orang Asli daripada RPS Runchang yang berdidikasi dan juga daripada pihak ECERDC, FELDA dan Juga pihak Consultant MTG.

Syabas dan Tahniah kami ucapkan pada semua yang terlibat menjayakan projek ini teruskan usha murni ini untuk kesejahteraan raayat Malaysia.

anak anak dorper beumur sebulan yang masih belum dipisahkan dari ibu

  Anak anak Dorper 2 bulan telah berjaya dilelong dengan harga RM 6,500

Ahad, Jun 20, 2010

Hari Terbuka MPOB


                             Alat Mengutip Buah Sawit Lerai Ciptaan MPOB

17hb June, 2010 menghadiri seminar Pemindahan Teknologi PKS 2010, di MPOB Bangi. Saya tertarik dengan beberapa inovasi dan perkhidmatan yang telah dijalankan olih badan terunggul didunia tentang kelapa sawit. Beberapa inovasi yang tak terfikir olih kita dapat saya saksikan. dan beberapa peluang perniagaan yang bolih diteroka bersama sama MPOB umpama bagaimana kita bolih membuat produk makanan yang buat masa ini kita mengimpotnya dengan harga yang sangat mahal.umpama keju mozarilla, sabun berasaskan kelapa sawit yang mesra alam, mayonis, alat solek kecantikan  dan beberapa lagi invovasi yang saya rasa rasa dan texture yang hampir serupa malah lebih baik dan berkhasiat.

Rabu, Mac 10, 2010

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM VER 3 FOR GOAT

AL-RAUDAH BIOTECH FARM

Sebuah lagi syarikat penternakan yang telah mengambil langkah kehadapan dengan mengunakan perisian AMS Ciptaan Ladang Kambing Kami bagi memudahkan merekod aktiviti harian diladang.

Kami dari Ladang Kambing Kami akan terus membantu penternak di Malaysia dalam pengurusan harian ladang dengan mengunakan perisian yang dicipta yang bolih juga diubahsuai mengikut keperluan ladang ladang penternakan.

Ahad, Mac 07, 2010

SEMOSA SDN BHD.

Satu lagi Syarikat bumiputra yang bergiat aktik dalam bidang pertanian saperti fertigasi, serai, tebu serta kambing yang beribu pejabat Disenawang dan ladang di Astana, Rembau N.Sembilan yang mendahului penternakan dalam Pengunaan ICT dengan Mengunakan My Animal Management System bagi merekod serta menguruskan penternakan Kambing.

Selasa, Januari 26, 2010

LAWATAN KE AL RAUDAH BIO-TECH FARM

kesempatan dalam lawatan memperkenalkan perisian pengurusan haiwan ternakan kepada pengurusan Al Raudah untuk mengaplikasikan ICT dalam Penternakan dan juga perisian shareware Log me in untuk tujuan mengakses sistem AMS di lokasi berlainan.


Jumaat, November 06, 2009

Perisian Komputer Khas urus ladang Kambing

Hari ini terima sms dari rakan rakan ternak ada write-up tentang perisian komputer didalam Ruangan MEGA Utusan Malaysia.

Isnin, Oktober 12, 2009

RUMAH TERBUKA MTG DI SAUJANA IMPIAN, KAJANG


Rumah Terbuka olih MTG berlangsung pada 9hb.Oktober lalu, saya sampai sebelah malam dan disambut olih Pengarah MTG Saudara Nordin Mat, Dr.PP Azhar dan Saudara Hamidun suasana sangat meriah dengan kehadiran kawan kawan daripada industri penternakan. Pada jam Sembilan Malam kami menghadiri sesi temubual dengan wartawan Utusan Saudari Khairulnisa Sulaiman tentang pengunaan My Animal Management System dalam industri Penternakan yang akan disiarkan dalam Ruangan Mega sadikit masa lagi.



Jumaat, Julai 31, 2009

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM Ver.2.0




Menjaga ternakan adalah sesuatu yang memenatkan dan merekod segala maklumat ternakan adalah sesuatu yang menjemukan dan mencari maklumat tentang ternakan adalah sesuatu yang menyusahkan. apakah cara menyelesaikannya?. Maka lahirlah "My Animal Management System Ver.2.0". Ciptaan tempatan untuk Penternakan tempatan. version 2.0 telah diperhebatkan dengan "KPI Report" atau Key Performance Index yang menunjukan data data tentang jumlah ternakan, jumlah kelahiran, kematian dan juga bilangan anak dalam unit dan juga peratusan.

Ahad, Julai 26, 2009

PEKAN AGROPOLITAN PROJECT AT RUNCHANG MUKIN LEPAR, PAHANG





































PEKAN AGROPOLITAN PROJECT

Semasa sibuk membuat kerja kerja menerima panggilan dari MTG Sdn Bhd yang diterajui olih En Nordin Mat untuk mereka dan menyiapkan satu system pengurusan haiwan ternakan sebanyak 1,000 ekor bebiri Dorper yang terletak diRunchang, Pekan Pahang dibawah Project ECER. Cuba lah tuan tuan bayangkan bagaimana nak menguruskan rekod rekod haiwan ternakan tersebut tampa satu system komputer, hampir sebulan bertungkus lumus untuk menyiapkan perisian tersebut. maka tercipta lah satu perisian pengurusan Bebiri yang mana terdapat satu report tentang performance ternakan tersebut yang dinamakan KPI Report. Project PAP ini akan dirasmikan olih PM pada 4hb.Ogos ini.
akan diupload gambar gambar sempena pelancaran Perisian beberi pada 4 ogos nanti. Pada 23hb lalu saya dan team team MTG menerima 649 ekor bebiri daripada Australia di ANimal Hotel at Mas Cargo, selesai loading semua kambing kambing kedalam trailer tepat jam 12.30mlm bertolak ke Runchang dan sampai pada jam 7 pagi 24hb. dan Disambut olih pegawai daripada ECER dan juga reporter reporter dari pelbagai surat khabar. pada masa tu juga saya sibuk memasukkan data data kambing kedalam system komputer untuk dipertontonkan kepada PM pada 4ogos nanti.

Sabtu, September 06, 2008

PERISIAN CAMS



Didalam Perisian CAMS ini semua report bolih di eksport kedalam Microsoft Word, Excell, PDF dll, Segala Data data bolih di manipulasi mengikut kemahuan susun atur dan ditambah Bar Chart dan Pie Chart bagi memudahkan kita melihat angka angka.


CD cover Cams


Contoh Kotak Cams yang mengandungi Program CD, Manual Bahasa Malaysia dan Dongle key




Feature dalam CAMS

Animal Locator, Vaccination Record, Deworming Record, Health Record, Mortality rate Record, Sales Record, Photo of Animal, Birth weight Report, 3 generation Padigree Chart, Event Scheduler, Reminder Alarm, Dose Calculator, Visitor Record, Transfer Record, Animal Record,

Kepada rakan rakan penternakan sekelian, dengan adanya perisian pengurusan Haiwan ternak Kambing ini kita telah melangkah setapak kehadapan bagi menempuh cabaran mendatang. Pihak kami ingin memajukan industri kambiing ini ketahap yang lebih baik supaya tidak menjadi industri kampong yang tidak diminati oilh golongan siswazah.
Hubungi saya untuk Demo dan melihat sendiri kelebihan yang kita ada berbanding penternak yang tidak mengunakan kemudahan IT zaman ini.

Othman Bin Mohmmad
017-3790543 atau email: othman-9@streamyx.com

KALAHARI RED SOUTH AFRICA








Dalam Kesibukan Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan Saya Sempat membuat lawatan ke Kandang Kalahari Red di Meru Klang berjumpa tuan punya Kandang Mr Gan Thye Kuan. Saya diberi penerangan panjang lebar tentang kambing asal dari Afrika KALAHARI RED ini tentang tahap daya tahan cuaca melampau di Afrika dan juga daya tahan cuaca di Malaysia. Setelah penerangan panjang lebar diberikan tentang program pemakanan yang diberikan terhadap ternakan, saya dapati bulu kambing ternakan beliau sangat licin dan berkilat.


Saya juga dapat berkongsi pengalaman beliau tentang pemakanan tambahan yang beliau berikan pada ternakan yang dapat menaikan berat badan kambing tersebut kepada purata kenaikan sehari sebanyak 290 gram.