Isnin, Ogos 18, 2008

SEMINAR WALK IN MAHA 2008 17 - OGOS 2008

Dalam kesibukan Melayani pertanyaan daripada rakan penternakan tentang perisian pengurusan haiwan ternakan pada hari Ahad lepas, saya sempat meluangkan masa menghadiri sesi Seminar Peluang dan Cabaran Dalam Perniagaan Pertanian Dan Makanan Dalam Bidang Lembu dan Kambing yang disampaikan olih Saudara Paizal Niza Jamaluddin daripada Pangkuan Mewah Sdn.Bhd.

Dan Juga sesi Kedua Olih Pakar Kambing Boer Mardi ia itu Tuan Haji Mohamad Bin Mustafa


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara
Ingat tak saya lagi, salah seorang penceramah ekonomi ternakan kursus ternakan kambing Albarakah. Saya Tafsir Serin (MARDI, Serdang). Tahniah kepada saudara kerana merekacipta perisian untuk pengurusan kambing. Sekiranya tidak keberatan saya ingin dapatkan copy softwarare tsb. Mungkin boleh saya lihat dan beri pandangan untuk penambahbaikkan (sekiranya saya mampu dan saudara tak keberatan). Pengetahuan seperti ini saya rasa sangat baik dan boleh dikongsi bersama untuk kebaikan industri dan ummah keseluruhannya. Saya tiada niat nak mencetak rompak atau sebagainya. Kalau bagus mungkin saya boleh war-warkan kepada pengusaha kambing yang lain kerana saya sentiasa mempunyai aksess terhadap mereka. Sekian mohon respon saudara.

Salam
Tafsir Serin
Peg. Penyelidik Kanan
MARDI Serdang

LADANG KAMBING KAMI berkata...

Asalamualaikum,

En Tafsir, Ya saya masih ingat lagi, Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi pengalaman tuan, memang kami alu alukan pendapat dan cadangan tuan bagi memantapkan industri ternak kambing supaya industri ini dipermudahkan dengan teknologi teknologi dan perisian perisian yang akan kami cipta supaya industri ini ditingkatkan mertabatnya supaya diminati olih golongan muda dan siswazah. Saya perlu hubungi tuan untuk berjumpa tapi tiada email atau H/P no.

Wasalam
Othman Mohammad
017-3790543