Jumaat, Julai 31, 2009

MY ANIMAL MANAGEMENT SYSTEM Ver.2.0




Menjaga ternakan adalah sesuatu yang memenatkan dan merekod segala maklumat ternakan adalah sesuatu yang menjemukan dan mencari maklumat tentang ternakan adalah sesuatu yang menyusahkan. apakah cara menyelesaikannya?. Maka lahirlah "My Animal Management System Ver.2.0". Ciptaan tempatan untuk Penternakan tempatan. version 2.0 telah diperhebatkan dengan "KPI Report" atau Key Performance Index yang menunjukan data data tentang jumlah ternakan, jumlah kelahiran, kematian dan juga bilangan anak dalam unit dan juga peratusan.

Ahad, Julai 26, 2009

PEKAN AGROPOLITAN PROJECT AT RUNCHANG MUKIN LEPAR, PAHANG





































PEKAN AGROPOLITAN PROJECT

Semasa sibuk membuat kerja kerja menerima panggilan dari MTG Sdn Bhd yang diterajui olih En Nordin Mat untuk mereka dan menyiapkan satu system pengurusan haiwan ternakan sebanyak 1,000 ekor bebiri Dorper yang terletak diRunchang, Pekan Pahang dibawah Project ECER. Cuba lah tuan tuan bayangkan bagaimana nak menguruskan rekod rekod haiwan ternakan tersebut tampa satu system komputer, hampir sebulan bertungkus lumus untuk menyiapkan perisian tersebut. maka tercipta lah satu perisian pengurusan Bebiri yang mana terdapat satu report tentang performance ternakan tersebut yang dinamakan KPI Report. Project PAP ini akan dirasmikan olih PM pada 4hb.Ogos ini.
akan diupload gambar gambar sempena pelancaran Perisian beberi pada 4 ogos nanti. Pada 23hb lalu saya dan team team MTG menerima 649 ekor bebiri daripada Australia di ANimal Hotel at Mas Cargo, selesai loading semua kambing kambing kedalam trailer tepat jam 12.30mlm bertolak ke Runchang dan sampai pada jam 7 pagi 24hb. dan Disambut olih pegawai daripada ECER dan juga reporter reporter dari pelbagai surat khabar. pada masa tu juga saya sibuk memasukkan data data kambing kedalam system komputer untuk dipertontonkan kepada PM pada 4ogos nanti.